Ada beberapa punca kenapa masalah torque converter ini boleh berlaku. Yang penting ialah pemandu jangan membuat kesimpulan awal. Yang paling baik ialah dapatkan nasihat dari bengkel yang bertauliah untuk diperiksa dahulu.
Komponen Asas Torque Converter |
Kerosakan pada Jarum Bearing (Needle bearing)
Kita biasa dengan bearing bulat, tapi kali ini bearing adalah panjang seperti jarum yang memainkan peranan yang sama. Kerosakan ini adalah perkara biasa dan sering berlaku. Jarum bearing adalah bahagian yang memisahkan stator, impeller, turbine dan converter housing. Jika bahagian jarum bearing rosak, ia akan menghasilkan bunyi bising ketika memandu.Ini kerana ada pergeseran atau sentuhan antara metal dengan metal yang lain didalam converter. Geseran ini menghasilkan serpihan besi yang akhirnya bercampur dengan minyak ATF didalam gearbox.
Needle bearing |
Torque Converter Oil Seal Rosak
Torque Converter Oil Seal |
Kelac Torque Converter Rosak
Sama seperti gearbox manual, gearbox automatic juga mempunyai kelac. Ia menjadi salah satu komponen penting didalam torque converter. Kelac ini boleh rosak jika berlaku jem atau sangkut ketika ada gangguan. Atau pon ia boleh terbakar kerana suhu yang terlalu tinggi. Ada sesetengah kes yang teruk, kelac ini boleh pecah. Jika kelac sangkut, kereta akan terus berada dalam gear engage walaupon sudah berhenti sepenuhnya. Kalau minyak ATF kering, geseran didalam gearbox boleh menyebabkan suhu yang sangat tinggi hingga kelac boleh terbakar. Duit pon terbakar juga brader..
Pelbagai Jenis Kelac |
Torque Converter Solenoid Kelac
Ini sebenarnya adalah komponen elektronik yang mengawal jumlah minyak ATF yang dilepaskan kepada kelac torque converter. Jika ini rosak, jumlah minyak ATF yang terlalu kecil atau terlalu banyak akan menyebabkan tekanan dalaman menjadi tidak normal. Simptom seperti penggunaan petrol yang tinggi dan gear tidak masuk (not engage) berkemungkinan berlaku.
Torque Converter Solenoid Clutch |
* Menukar/ baiki Torque Converter
Torque converter biasanya boleh dibaiki. Kadang - kadang kos membaiki lebih tinggi daripada tukar sebiji yang baru. Pemandu wajar membuat pertimbangan yang bijak sebelum mengambil sebarang tindakan.
0 Ulasan