Gearbox Proton Saga CVT |
Tahukah anda berapa kos membaiki Gearbox Proton Saga CVT?
Harga membaikinya sekitar RM7000-8000!! Ha terkejutkan. Tapi itulah realitinya. Gearbox CVT ni kalau gearbox sakit memang boleh demam driver dibuatnya. Nak repair atau nak tukar kereta terus?
Perkara asas dan penting dalam menjaga gearbox CVT ialah:
- Pakai minyak CVT yang direkomen oleh syarikat pengeluar sahaja (jangan pakai brand lain).
- Servis atau tukar minyak CVT on time seperti yang dicadangkan. Ada baiknya buat awal lagi dari itu.
- Drive shaft kena OK. Kalau rosak tukar segera.
- Gearbox mounting kena OK. Tukar segera jika didapati rosak.
- Cek level minyak CVT kalau ada kebocoran.
0 Ulasan