Recents in Beach

Tukar Gearbox - Benarkah satu kemestian???


GEARBOX MERAGAM

Apabila gearbox kenderaan anda mula memberikan prestasi yang lemah atau mengecewakan, anda mula mencari apakah punca utama yg menyebabkan ia berlaku demikian. Jadi jika bermasalah, perlukah tukar gearbox?

Anda pon mula menjejaki kedai atau pon bengkel yang dapat memberikan nasihat atau solusi kepada masalah anda.

Ada sesetengah mekanik, yang jujur memberikan nasihat yang benar dan cuba membantu pemandu. Mereka mencadangkan langkah - langkah mengatasi atau penjagaan gearbox adalah lebih baik daripada membaiki. Sewajarnya juga anda periksa Enjin sekali, manalah tahu jika ia juga penyumbang kepada masalah anda.  Ada yg mengesyorkan agar mencuba merawat dahulu gearbox asal dengan beberapa langkah mudah seperti:

1. Tukar gearbox filter
2. Tukar minyak gearbox/ ATF. 
3. Masukan treatment oil dll..

Namun ada juga sesetengah mekanik yg terus memberikan cadangan agar gearbox kereta itu terus: 

1. Di tukar
2. Beli baru
3. Overhaul
4. Beli recond dll..



gearbox, gearbox recond, gearbox recon, tukar gearbox, gearbox replacement, masalahgearbox

Masalah Gearbox



Untuk terus menukar sesebuah gearbox kenderaan, wang ataupon kos yg terpaksa dibelanjakan adalah terlalu tinggi. Bergantung kepada sesebuah kereta, harga gearbox recond contohnya:

1. Proton Wira Manual 1.5 - RM400>
2. Proton Perdana Auto - RM1200>
3. Perodua Myvi Auto - RM1100>
4. Toyota Corolla SEG - RM850>
5. Mercedes Benz E Class - RM4800>

Kereta- kereta berjenama mewah, harga tukar gearbox juga "mewah".

Kalau hendak beli gearbox asal (original) daripada pengedar yang sah seperti gearbox Perodua Myvi, harganya lebih dari RM10,000. Wah! Jenuh juga hendak cari wang sebanyak itu kan? 



gearbox, gearbox recond, gearbox recon, tukar gearbox, gearbox replacement, masalahgearbox

Pebagai Jenis Gearbox Recon



Tahukah anda, selepas menggantikan dengan gearbox recond atau dari "kedai potong", jaminan yg diberikan biasanya hanya beberapa bulan sahaja. Ada juga bengkel yg mengambil gearbox asal anda untuk ditukar kepada gearbox recond. Ada juga maklumat dari pemandu - pemandu, selepas sahaja tukar gearbox recond, pemanduan mereka amat mengecewakan. Tidak seperti semasa menggunakan gearbox asal dahulu. Ada yg merungut mengatakan tiada kuasa, tiada pick-up dan sebagainya. Apakah perasaan anda,setelah habis beribu- ribu ringgit, prestasi kereta anda tidaklah seperti yg diharapkan. Pasti anda kecewa bukan?

Kami cadangkan, cubalah dahulu JV ATF-1004 Gearbox Treatment Oil. Harganya pon rendah sahaja. Mampu milik. Kalau dah cuba tapi masih tiada perbezaan, barulah pergi ke bengel untuk dibaiki atau tukar gearbox anda. Kami cuba membantu menyelamatkan wang anda. Tapi jika ikhtiar kami tidak berjaya, maafkanlah kami. 

Yang pastinya, tak rugi mencuba dengan kos yg rendah dahulu :-)

Klik je WhatsApp Dibawah untuk info lanjut:




Catat Ulasan

213 Ulasan

Unknown berkata…
Tuan sy punya kreta 1.5 auto wira Klau tengah jalan D ke 1 ok 1 ke 2 gear ta masuk bos
Unknown berkata…
Blh sya tnya sya pkai krta proton saga...gear box besar sgat...sya nk tkar mcm..gear box krta sga flx kcik sikit brpe kos tuan
Unknown berkata…
Toyota avanza.thn 96,semasa memandu semasa gear 5,tiba2 dia jadi free, sebab apa boss.
Unknown berkata…
saya telah tukar giarbox kembara saya dari asal auto ke menual.tapi giar box tu kuat bunyi kering2.saya rase dia salah wayaring la.bila selow tayar depan mcm ada giar parking pulak tak nak pusing tyr .apa sebab nya.
duit dh bayak hbis kereta mcm lori hantu.
Unknown berkata…
Salam. Bengkel tuan dimana? Ingat nak hantar kereta tukar gearbox filter dan buat treatment
Tanpa Nama berkata…
slmt petang...saya guna proton wira 1.3 manual...kalau gearbox bunyi bising masa jalan boleh overhaul kh atau tukar seketul
Unknown berkata…
Salam tuan...gearbox mez e280 mastrpies 1995 5speed dan 4 speed perbezaan luaran kat mane ye untuk pengecaman.maafkan sy.
Unknown berkata…
Nissan grand livina 1.6 awal pagi lambat jln walaupun msk gear D.terpaksa msk gear 1 jln dlm 200meter dan tukar D br ok
Unknown berkata…
Assalamualikum. Masalah toyota altis. Kadang2 bila masuk ke D, kereta lambat nak jalan. Dan kadang2 kalau jalan dia akan jadi macam mengejut . Knp ye? Masalah gearbox ke.
Admin MasalahGearbox berkata…
Peugeot 308 gear jerking..masalah awal gearbox..pakai treatment dua botol tuan..kami ada stok
Admin MasalahGearbox berkata…
Assalam tuan.
Saya menggunakan Hyundai Santa Fe 2.4A thn 2004.Ada masalah pada gear box iaitu,
1.Masuk gear reverse agak menyentap
2.Masuk gear drive stay pd 1, kekdg 3.
Ada kaedah penyelesaian ke, atau blh cuba lube treatment ni. Terima kasih.

Ahad, 16 Jun 2019 1:24:00 PG MYT

- Maaf lambat reply. Try treatment dua botol. Sebelum tu tukar dulu ATF baru dan auto filter baru. PM saya utk info lanjut.
Admin MasalahGearbox berkata…
Unknown berkata…
Salam. Bengkel tuan dimana? Ingat nak hantar kereta tukar gearbox filter dan buat treatment
Sabtu, 8 Februari 2020 8:33:00 PG MYT

- Kami berada diAmpang KL..wasap kami 017-3886607 untuk bantuan servis.


Tanpa Nama berkata…
slmt petang...saya guna proton wira 1.3 manual...kalau gearbox bunyi bising masa jalan boleh overhaul kh atau tukar seketul
Isnin, 24 Februari 2020 3:31:00 PTG MYT

- tak semestinya kena tukar dulu, terbaik buat pemeriksaan dulu sebab kadang2 bukan masalah besar tuan..terima kasih
Assalamualaikum kepada semua pelanggan yg dikasihi.

Kami ada bengkel di Batu Caves, Selangor.

Boleh refer sini:

www.dryv.com.my
facebook.com/dryvmalaysia

Untuk mendapatkan respon yg segera, sila hubungi 011-12238745. WhatsApp juga amat digalakan.

Terima kasih.
Paling lama Lebih lama 201 – 213 daripada 213