GEARBOX MERAGAM
Apabila gearbox kenderaan anda mula memberikan prestasi yang lemah atau mengecewakan, anda mula mencari apakah punca utama yg menyebabkan ia berlaku demikian. Jadi jika bermasalah, perlukah tukar gearbox?
Anda pon mula menjejaki kedai atau pon bengkel yang dapat memberikan nasihat atau solusi kepada masalah anda.
Ada sesetengah mekanik, yang jujur memberikan nasihat yang benar dan cuba membantu pemandu. Mereka mencadangkan langkah - langkah mengatasi atau penjagaan gearbox adalah lebih baik daripada membaiki. Sewajarnya juga anda periksa Enjin sekali, manalah tahu jika ia juga penyumbang kepada masalah anda. Ada yg mengesyorkan agar mencuba merawat dahulu gearbox asal dengan beberapa langkah mudah seperti:
1. Tukar gearbox filter
2. Tukar minyak gearbox/ ATF.
2. Tukar minyak gearbox/ ATF.
3. Masukan treatment oil dll..
Namun ada juga sesetengah mekanik yg terus memberikan cadangan agar gearbox kereta itu terus:
1. Di tukar
2. Beli baru
3. Overhaul
4. Beli recond dll..
Masalah Gearbox |
Untuk terus menukar sesebuah gearbox kenderaan, wang ataupon kos yg terpaksa dibelanjakan adalah terlalu tinggi. Bergantung kepada sesebuah kereta, harga gearbox recond contohnya:
1. Proton Wira Manual 1.5 - RM400>
2. Proton Perdana Auto - RM1200>
3. Perodua Myvi Auto - RM1100>
4. Toyota Corolla SEG - RM850>
5. Mercedes Benz E Class - RM4800>
Kereta- kereta berjenama mewah, harga tukar gearbox juga "mewah".
Kalau hendak beli gearbox asal (original) daripada pengedar yang sah seperti gearbox Perodua Myvi, harganya lebih dari RM10,000. Wah! Jenuh juga hendak cari wang sebanyak itu kan?
Kalau hendak beli gearbox asal (original) daripada pengedar yang sah seperti gearbox Perodua Myvi, harganya lebih dari RM10,000. Wah! Jenuh juga hendak cari wang sebanyak itu kan?
Pebagai Jenis Gearbox Recon |
Tahukah anda, selepas menggantikan dengan gearbox recond atau dari "kedai potong", jaminan yg diberikan biasanya hanya beberapa bulan sahaja. Ada juga bengkel yg mengambil gearbox asal anda untuk ditukar kepada gearbox recond. Ada juga maklumat dari pemandu - pemandu, selepas sahaja tukar gearbox recond, pemanduan mereka amat mengecewakan. Tidak seperti semasa menggunakan gearbox asal dahulu. Ada yg merungut mengatakan tiada kuasa, tiada pick-up dan sebagainya. Apakah perasaan anda,setelah habis beribu- ribu ringgit, prestasi kereta anda tidaklah seperti yg diharapkan. Pasti anda kecewa bukan?
Kami cadangkan, cubalah dahulu JV ATF-1004 Gearbox Treatment Oil. Harganya pon rendah sahaja. Mampu milik. Kalau dah cuba tapi masih tiada perbezaan, barulah pergi ke bengel untuk dibaiki atau tukar gearbox anda. Kami cuba membantu menyelamatkan wang anda. Tapi jika ikhtiar kami tidak berjaya, maafkanlah kami.
214 Ulasan
jika dapat bertahan lebih setahun itu sudah kira bagus.tapi mestilah kita harapkan ia bertahan lebih lama kan.puan/cik bole tanya kedai apa punca utama dan berapakah kos ganti part sahaja.kalau jauh lebih murah dari recon,better tukar part saja.
Bila enjin off, masuk gear Semua ok...enjin ON, gear 3 x masuk
myvi gearbox bising cuba tuan cek bush atau mounting utk gearbox tu..kalau dah rosak wajar tukar..
lambat engage atau delay dalam shifting ni masalah gearbox.masalah yg biasa berlaku.kena tunggu dah panas baru bergerak.
tuan pakai JV Auto Lube dua botol..insyaAllah boleh membantu.
kalau ATF baru tukar, tuan tukar filter saja dan minyak ATF suruh mekanik recycle semula..takyah beli ATF baru
boleh jumpa bengkel sahabat kami di shah alam kalau berminat..
Kereta saya gear Reverse (R) tdk bergrk .masuk Gear D berjalan dlm keadaan gear 1 shj.Gear 2,3 dan 4 xmasuk.Pomen menasihati supaya tukar gearbox.Apakah saranan tuan terhadap masalah saya? Tq.
Saya pengguna saga flx manual. Bila masuk gear reverse, dia jadi forward. Gear 1 sampai 5 xde masalah.boleh pki lg..ade ape2 advise tak?. Thanks
nak mati enjin cuba cek timing n throttlebody.
Apa pandangan bos berkenaan masalah gearbox atau sebagainya. Kereta wira enjin 4g91 auto
cuba pakai treatment kami dua botol dulu.biasanya boleh dibantu lagi.
PM kami..tq
PM saya..
PM saya..
ok kalau ada delay lepas tu ada jerking tu memang masalah gearbox.
insyaAllah kami boleh bantu..guna treatment JV AT1004 dua botol ya..tq tq
kalau petrol cepat habis mungkin juga kerana dalaman enjin yg kotor banyak karbon..bole PM saya utk info lanjut..
Saya menggunakan Hyundai Santa Fe 2.4A thn 2004.Ada masalah pada gear box iaitu,
1.Masuk gear reverse agak menyentap
2.Masuk gear drive stay pd 1, kekdg 3.
Ada kaedah penyelesaian ke, atau blh cuba lube treatment ni. Terima kasih.