Isnin, 1 Julai 2019

Punca Masalah Gearbox Automatik


Ada beberapa punca utama berlakunya masalah gearbox.

Antaranya ialah Lambat Menukar Minyak Gearbox Automatik - Automatic Transmission Fluid (ATF).

Setiap kenderaan mempunyai jangka hayat minyak gearbox yang berbeza. Ada yang 40 ribu km, ada yang lebih dari 50 ribu km. Tapi yang paling biasa kami cadang kan untuk ditukar ialah setiap 20 ribu km. Biasanya kereta keluaran Jepun atau tempatan sekitar 20-30 ribu km eloklah ditukar. Penukaran ATF mengikut masa yang betul dapat meningkatkan hayat gearbox kereta anda.



Image result for automatic transmission fluid   Image result for automatic transmission fluid   Image result for automatic transmission fluid perodua   Image result for automatic transmission fluid toyota 


Tapi jika anda mempunyai buku manual atau buku servis, bolehlah jadikan itu sebagai rujukan utama. Lihat pada panduan yang diberikan oleh buku tersebut.




           Image result for buku manual toyota     Image result for buku manual honda


Kelambatan melakukan 'salin' minyak menyebabkan minyak gearbox menjadi kotor dan kelikatan bertambah. Biasanya minyak ATF berwarna merah. Bila sudah terlalu kotor, warna akan bertukar menjadi merah keruh atau merah kehitaman. Suhu didalam gearbox juga akan menjadi lebih panas dari suhu yang sepatutnya.



Image result for dirty atf fluid     Image result for dirty atf fluid
     

Anda boleh menggunakan 'dipstick' atau alat pengukur paras minyak gearbox dibahagian enjin untuk melihat kondisi minyak tersebut.

Biasanya dipstick minyak gearbox ada tertulis ATF dibahagian penarik dipstick. Biasanya penarik ini berwarna merah. Tapi ada juga kereta yang berlainan pula warnanya. Ikut design tersendiri.


                       
Image result for gearbox dipstick     Image result for gearbox dipstick



Image result for gearbox dipstick     Image result for gearbox dipstick


Minyak gearbox yang lambat ditukar akan memberi kesan kepada sistem didalam sesebuah gearbox. Bila bahan pelincir ini telah kotor, maka peranan utama minyak ini akan gagal.

Berikut adalah beberapa fungi utama Automatic Transmission Fluid (ATF):

  • Pencuci dan penjaga permukaan logam gear dari haus
  • Mengkondisi gasket
  • Mengurangkan suhu didalam gearbox ketika operasi
  • Menaikan kelajuan pusingan (Rotation Speed) dan jarak suhu (yang sesuai)
  • Memberi kuasa/ tekanan mengerakan/ menukar gear

Kekurangan minyak gearbox auto boleh menyebabkan gear tergelincir (Slip) dan gearbox akhirnya menjadi rosak.

Minyak gearbox auto yang mencukupi adalah penting dalam memberikan tekanan dalaman sesebuah gear dan menjadi faktor utama membantu pergerakan gear dan penukaran gear yang teratur.

Minyak gearbox auto yang kotor biasanya menjadi pekat dan mengandungi habuk besi. Habuk besi ini adalah berpunca dari geseran antara gigi- gigi gear yang berlaku setiap kali memandu. Habuk besi akan terperangkap dibahagian dasar magnet penapis gearbox (gearbox filter).



     Image result for gearbox dipstick     Image result for dirty gearbox filter

Image result for dirty gearbox filter     Image result for dirty gearbox filter

       
Cara menukar minyak gearbox auto yang biasa:

  • Membuang minyak gearbox auto yang lama (buka penutup dibahagian bawah gear)
  • Menukar pan gasket gearbox dan penapis (jika perlu)
  • Memasukan minyak gearbox auto yang baru (mengikut jenis dan CC kenderaan)
  • Memeriksa kebocoran
  • Pandu uji

Image result for drain atf     Image result for drain atf


Image result for replace atf     Image result for replace atf



Klik sini dan lihat informasi penting terdahulu..