Recents in Beach

Cara Tukar Nama Pemilik Motorsikal

  Assalam kepada semua pelanggan yang dihormati.

Baru - baru ini admin berkesempatan membuat satu proses jual/ beli motorsikal skuter kesayangan dengan seorang pelanggan dari Kuantan, Pahang. Beliau telah membuat bayaran penuh dan membawa pulang motorsikal ke Kuantan pada hari yang sama. Proses tukar nama pemilik dilakukan pada hari esoknya.

Berikut adalah cara tukar nama pemilik motorsikal yang dilalui di JPJ Wangsa Maju, KL.



bengkel kereta batu caves

Cara Tukar Nama Pemilik Motorsikal


Cara tukar nama kepada pemilik baru sebenarnya sangat mudah. Berikut adalah langkah - langkah yang harus dilalui:

1. Pastikan pembeli telah membuat keputusan muktamad untuk membeli motor tersebut. Jualan motorsikal tidak perlu pemeriksaan PUSPAKOM.

2. Pembeli boleh membuat booking dahulu sebagai tanda setuju. Namun pembeli sebaiknya melangsaikan segala baki tertunggak dari harga yang dipersetujui sebelum proses tukar nama dimulakan.

3. Penjual pergi ke cawangan JPJ dan boleh mula mengisikan: 

4. Atau penjual dan pembeli juga boleh isikan borang ini dirumah sebelum hadir ke cawangan JPJ.

5. Selepas selesai mengisi borang, pergi ke kaunter JPJ Pintu 2 (Tingkat 1, Blok Depan) untuk urusan penukaran nama oleh individu. Kalau Pintu 5 (Tingkat 1, Blok Belakang) untuk urusan tukar nama melalui syarikat.

6. Penjual/ pembeli perlu download JPJeQ. Ini adalah aplikasi terbaru dari JPJ. Gunakan aplikasi ini untuk scan QR kod di kaunter pertanyaan untuk mengambil nombor giliran.





7. Setelah nombor giliran anda dipanggil, berikan IC (kad pengenalan) untuk pengesahan cap jari. Nombor IC penjual dan pembeli akan disemak.

8. Selepas itu pihak JPJ akan memberikan satu slip Rujukan Tukar Hak Milik. Disitu ada maklumat penjual dan pembeli.





9. Penjual boleh memberi tahu kepada pembeli yang mereka boleh terus pergi ke cawangan JPJ terdekat untuk mendapatkan geran motorsikal yang baru sebagai bukti hak milik motorsikal telah pon berpindah. Pembeli boleh mengambil geran ini dalam tempoh 7 hari dari tarikh penjual membatalkan hak milik mereka. Cas RM3.00 akan dikenakan oleh JPJ untuk mendapatkan geran tersebut. Murah saja.

10. Pembeli kena hidupkan insurans dan road tax yang baru dulu ya. Kerana pemilik sudah pon bertukar maka pelindungan insurans juga sepatutnya bertukar.

11. Simple saja. Selamat mencuba!

(Kalau anda suka info ini, sila Catat Ulasan dibawah)

Catat Ulasan

0 Ulasan