Recents in Beach

Oil Seal Rosak/ Worn-Out

Setiap transmisi kereta auto mempunyai Oil Seal didalam sesebuah gearbox. Oil Seal ini mempunyai campuran material seperti getah sentetik dll.





                                




Sistem transmisi automatik sesebuah gearbox mempunyai tekanan hidrolik didalamnya. Tekanan ini disokong oleh pelbagai jenis Oil Seal didalam gearbox. Setiap kenderaan yang bergerak akan menghasilkan suhu yang tinggi didalam sistem gearbox. Suhu yang tinggi ini lama kelamaan akan memberi kesan kepada minyak ATF.

Minyak ATF memainkan peranan bukan saja sebagai pelincir antara gear, malah menjadi faktor utama mengurangkan suhu didalam gearbox. Minyak ATF yang lama tidak ditukar sudah tidak mempunyai kebolehan mengurangkan suhu didalam gearbox. Akhirnya Oil Seal akan terdedah kepada suhu yang tinggi dan mula menjadi keras dan tidak kenyal seperti biasa. Bila ini berlaku, fungsi Oil Seal untuk mengawal tekanan hidrolik didalam gearbox sudah tidak berfungsi lagi. Maka masalah gearbox akan banyak berlaku selepas ini.   

Sebenarnya kos Oil Seal tidaklah mahal. Yang mahal adalah kos upah kerja menukar Oil Seal.

Catat Ulasan

0 Ulasan