Minyak Gearbox Manual
Tahukah anda, minyak gearbox juga memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu sistem transmisi gearbox.
Minyak Gearbox manual yang popular ada dua jenis:
EP 90 - Gearbox pacuan hadapan (Driveshaft)
SAE 140 - Gearbox pacuan belakang (Axle - Propellershaft)
Minyak Gearbox Manual ni ada pecahan kelas pula:
API GL-1, API GL-2, API GL-3, API GL-4, API GL-5
*API GL (American Petroleum Institute - Gear Lubricant)
Perbezaan kelas ini adalah dari segi kandungan additif didalam minyak gearbox itu sendiri. Tersalah memilih gred/ kelas akan memberikan kesan negatif/ buruk kepada kondisi sesebuah gearbox.
Minyak gearbox manual ni wajar ditukar setiap 60,000km.
Minyak Gearbox Automatik
Antara jenis yang paling common dimarket:
Dexron
Mercon
ATF+4
dan lain- lain..
Perlu diingatkan, bukan semua minyak gearbox dipasaran adalah sesuai dengan kenderaan anda, walaupon dari gred yang sama.
Digalakkan tukar ATF sekitar 20,000km. Ada juga yang lebih jauh km dari ini. Bergantung kepada jenis kereta yang digunakan.
Masalah kecuaian ketika penukaran minyak gearbox:
Tersalah memasukan minyak gearbox akan menyumbang kepada masalah gearbox.
Kami menerima terlalu banyak laporan dari pengguna. Selepas menukar minyak gearbox, masalah baru terus terjadi.
Ada yang guna minyak ATF biasa tapi termasukkan minyak CVT, begitu juga ada yang gearbox CVT tapi termasukan pula minyak ATF biasa. Ini akan menyumbang kepada masalah gearbox. Sistem transmisi menjadi "gila" kerana minyak yang diganti tidak sesuai. Ada juga yang tersasul memasukan salah gred minyak gearbox.
Kami amat menganjurkan pemilik kenderaan menggunaan Gred dan Jenama yang biasa anda gunakan saja. Itu lebih selamat kerana telah terbukti ia sesuai sebelum ini. Cuba elakkan menukar Brand walaupon Gred yang sama.
Jika tersalah menggunakan minyak gearbox, maka gearbox harus dibilas/ flush. Perlu dibuang semua minyak gearbox lama dulu dan dimasukan semula minyak gearbox yang baru dan sesuai. Tetapi ada juga risiko, selepas di flush gearbox masih meragam. Ini bermakna anda tidak bernasib baik. Mungkin gearbox sudah kena servis/ overhaul.
MECHANICS WANTED
-
We are looking for junior mechanics. With or without experience are
welcomed. – Great salary – Food Allowance – EPF...
The post MECHANICS WANTED appeared...
3 bulan yang lalu
10 Ulasan
Alamak..berita sedih.Memang menjadi masalah besar kalau kedai spare part kasi salah gred atau jenis. Kita pengguna terus pergi bengkel dan tukar.Bila pandu kereta baru rasa tak sedap dan lama kelamaan jadi big problem. Memang kena flush semula minyak ATF yang salah tu. Biasa mekanik bilas dengan ATF yang betul 1-2 kali. Itu juga kos yang besar, dan belum tentu gearbox tu akan sihat semula.
Berhati-hati ya semua pemandu..