Recents in Beach

Tanda - tanda Masalah Gearbox

Bengkel Kereta Batu Caves
Tanda - tanda Masalah Gearbox

Apakah maksud Masalah Gearbox?

Masalah gearbox ialah bila berlaku keadaan dimana prestasi sesebuah gearbox atau transmisi kenderaan tidak optimum seperti asal. Ada pelbagai tanda masalah gearbox dan punca kenapa ianya berlaku. Masalah gearbox menjadi perkara yang paling dirisaukan jika berlaku kepada sesebuah kenderaan kerana kenderaan tidak dapat bergerak dengan baik atau lumpuh sepenuhnya. Kos pembaikan juga adalah yang paling besar jika dibandingkan dengan komponen kenderaan yang lain.


Apakah simptom atau tanda - tanda Masalah Gearbox?


1. Susah masuk gear P-> D-> R
2. Masuk gear tapi ada delay/ lambat engage
3. Masuk gear tapi transmisi kasar
4. Ada bunyi kasar
5. Gear bergerak kasar
6. Kenderaan seperti melompat sedikit ketika masuk gear
7. kena "Warm up" 10 minit sebelum masuk gear
8. Susah tukar gear Free ke 1
9. Pemanduan terasa berat
10. Kereta menggunakan petrol yang tinggi
11. Enjin terasa berat macam semput
12. Enjin bergegar

Apa perlu saya cek dahulu jika ada Masalah Gearbox? 

Jika anda mengalami simptom - simptom masalah gearbox, anda boleh buat pemeriksaan asas kepada kenderaan anda. 

1. Sila semak bila kali terakhir anda tukar minyak gearbox (ATF)?
- Minyak gearbox wajar ditukar setiap 20,000km (mengikut jenis kereta).
2. Sila semak adakah anda tukar penapis gearbox (gearbox filter) semasa tukar ATF sebelum ini?
Penapis gearbox wajar ditukar setiap 40,000km (cadangan).

Kalau ada Masalah Gearbox, apa saya kena buat?

Anda boleh cuba yang ini pula: 

1. Cek kondisi fizikal gearbox dibawah enjin. Lihat jika ada sebarang kebocoran dibadan gearbox. 
2. Cek juga jika ada minyak ATF berwarna merah menitik dilantai. Jika ada tanda minyak menitik atau basah disekeliling gearbox, ini bermakna gearbox anda sudah bocor (leaking). Gearbox yang bocor akan memberi simptom masalah gearbox.
3. Tarik dipstick gearbox dan periksa kondisi minyak gearbox. Minyak gearbox yang elok biasanya berwarna merah.

Apa tindakan jika gearbox bocor atau gearbox leaking?

1. Jika ada kebocoran pada gearbox, anda kena buat pemeriksaan lanjut dibengkel. Cari apa punca sebenar kenapa gearbox boleh bocor. 
2. Jika tiada kebocoran tapi simptom masalah masih wujud, ini mungkin menandakan ada masalah dalaman gearbox. Jangan risau, ia mungkin boleh dirawat jika masih diperingkat awal.


Catat Ulasan

0 Ulasan