Recents in Beach

Kolobrasi GRAB dengan Direct Autocare



grab direct autocare
GRAB x Direct Autocare

GRAB
GRAB





Bengkel kereta Dryv Malaysia telah dipilih untuk berkolobrasi dengan:

GRAB x Direct Autocare

===========================================================

Objektif program ini?
Kolobrasi ini bertujuan membolehkan pemandu GRAB (E-hailing) menggunakan baucar dari Direct Autocare melakukan servis dibengkel kereta Dryv Malaysia.
Bagaimanakah Direct Autocare dan baucar berfungsi?
Direct Autocare ialah platform bengkel kereta di Malaysia. Bengkel kereta yang mengambil bahagian akan menjual baucar melalui Direct Autocare dan Penjual Terpilih, di mana pemilik kereta GRAB boleh membeli baucar dan menebus perkhidmatan yang disediakan oleh bengkel kereta yang mengambil bahagian. Direct Autocare juga menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran untuk servis dibengkel kenderaan yang terpilih.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan baucar tersebut?


Grab Baucer
Baucar Grab


1. Pemandu GRAB boleh membelinya dengan menggunkan applikasi GRAB didalam telefon bimbit.
2. Ini adalah baucar elektronik, bukan baucar fizikal.
3. Sila rujuk cara belian baucar pada foto yang disediakan.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan baucar di bengkel yang menyertai program Direct Autocare?
1. Semak senarai bengkel yang mengambil bahagian di laman web Direct Autocare.
2. Hubungi bengkel yang mengambil bahagian untuk membuat temujanji sebelum datang dan maklumkan kepada wakil bengkel bahawa anda akan menggunakan baucar yang dibeli daripada Direct Autocare atau Penjualnya.
3. Pilih mana-mana produk atau perkhidmatan yang tersedia yang sesuai dengan keperluan anda di bengkel yang mengambil bahagian.
4. Setelah anda bersedia untuk membayar, tunjukkan baucar kepada wakil bengkel semasa membuat pembayaran.
5. Setelah berjaya, jumlah baucar yang ditebus akan ditolak daripada jumlah bil.
6. Nikmati pemanduan anda dengan ketenangan fikiran!


P/S: Kalau anda seorang pemandu Grab dan berminat nak dapatkan baucar tersebut, sila tulis diruangan komen.



Catat Ulasan

0 Ulasan