Seringkali kita menukar minyak auto atau minyak gearbox apa bila sudah sampai waktu. Biasanya minyak gearbox ditukar setiap 20 ribu km. Namun begitu ia masih bergantung kepada pengeluar kenderaan masing - masing. Ada yang mengesyorkan 30 ribu, 50 ribu malah ada yang100 ribu km.
Jika terlambat menukar minyak gearbox, pelbagai masalah dalam transmisi boleh berlaku.
Tapi pernah tak anda terfikir, apa akan terjadi jika minyak gearbox ditukar dan parasnya melebihi dari yang telah ditetapkan. Maknanya paras minyak gearbox sudah terlebih banyak. Ada juga kes yang sampai melimpah terkeluar.
Sepatutnya didalam kotak gearbox perlu ada ruang untuk membenarkan udara dan minyak itu bergerak dengan nisbah yang betul supaya ia menghasilkan tekanan dalaman yang secukupnya.
Apakah akan berlaku kepada kenderaan jika minyak gearbox sudah terlebih dari sepatutnya?
1. Kenderaan terasa berat atau tiada kuasa
2. Dalam jangka masa yang panjang akan memberi kesan kerosakan kepada oil seal
3. Masalah "Wear and Tear" atau lusuh semakin cepat berlaku
4. Transmisi menjadi kurang lancar, lembab atau lemau
5. Enjin boleh meraung atau bising pada waktu tertentu
6. Penukaran gear yang berat menyebabkan penggunaan minyak petrol bertambah
7. Hilang tekanan dalaman gearbox
Pemandu kena pastikan sukatan mengikuti paras Suhu Sejuk atau Panas yang ditetapkan. Jangan tersalah atau terbalik pula sebab akan memberikan kesan kepada gearbox.
Untuk kenderaan bertransmisi CVT pula, setiap kali tukar minyak gearbox seharusnya pemandu melakukan Oil Leveling. Ini untuk memastikan tahap minyak yang ada mencukupi sahaja, jika terlebih ia perlu dikurangkan.
Dip Stick Minyak Gearbox |
Paras Min Max semasa suhu Panas Sejuk |
Tahap kondisi minyak gearbox |
0 Ulasan