GEARBOX MERAGAM

Apabila gearbox kenderaan anda mula memberikan prestasi yang lemah atau mengecewakan, anda mula mencari apakah punca utama yg menyebabkan ia berlaku demikian. Jadi jika bermasalah, perlukah tukar gearbox?

Anda pon mula menjejaki kedai atau pon bengkel yang dapat memberikan nasihat atau solusi kepada masalah anda.

Ada sesetengah mekanik, yang jujur memberikan nasihat yang benar dan cuba membantu pemandu. Mereka mencadangkan langkah - langkah mengatasi atau penjagaan gearbox adalah lebih baik daripada membaiki. Sewajarnya juga anda periksa Enjin sekali, manalah tahu jika ia juga penyumbang kepada masalah anda.  Ada yg mengesyorkan agar mencuba merawat dahulu gearbox asal dengan beberapa langkah mudah seperti:

1. Tukar gearbox filter
2. Tukar minyak gearbox/ ATF. 
3. Masukan treatment oil dll..

Namun ada juga sesetengah mekanik yg terus memberikan cadangan agar gearbox kereta itu terus: 

1. Di tukar
2. Beli baru
3. Overhaul
4. Beli recond dll..



gearbox, gearbox recond, gearbox recon, tukar gearbox, gearbox replacement, masalahgearbox

Masalah Gearbox



Untuk terus menukar sesebuah gearbox kenderaan, wang ataupon kos yg terpaksa dibelanjakan adalah terlalu tinggi. Bergantung kepada sesebuah kereta, harga gearbox recond contohnya:

1. Proton Wira Manual 1.5 - RM400>
2. Proton Perdana Auto - RM1200>
3. Perodua Myvi Auto - RM1100>
4. Toyota Corolla SEG - RM850>
5. Mercedes Benz E Class - RM4800>

Kereta- kereta berjenama mewah, harga tukar gearbox juga "mewah".

Kalau hendak beli gearbox asal (original) daripada pengedar yang sah seperti gearbox Perodua Myvi, harganya lebih dari RM10,000. Wah! Jenuh juga hendak cari wang sebanyak itu kan? 



gearbox, gearbox recond, gearbox recon, tukar gearbox, gearbox replacement, masalahgearbox

Pebagai Jenis Gearbox Recon



Tahukah anda, selepas menggantikan dengan gearbox recond atau dari "kedai potong", jaminan yg diberikan biasanya hanya beberapa bulan sahaja. Ada juga bengkel yg mengambil gearbox asal anda untuk ditukar kepada gearbox recond. Ada juga maklumat dari pemandu - pemandu, selepas sahaja tukar gearbox recond, pemanduan mereka amat mengecewakan. Tidak seperti semasa menggunakan gearbox asal dahulu. Ada yg merungut mengatakan tiada kuasa, tiada pick-up dan sebagainya. Apakah perasaan anda,setelah habis beribu- ribu ringgit, prestasi kereta anda tidaklah seperti yg diharapkan. Pasti anda kecewa bukan?

Kami cadangkan, cubalah dahulu JV ATF-1004 Gearbox Treatment Oil. Harganya pon rendah sahaja. Mampu milik. Kalau dah cuba tapi masih tiada perbezaan, barulah pergi ke bengel untuk dibaiki atau tukar gearbox anda. Kami cuba membantu menyelamatkan wang anda. Tapi jika ikhtiar kami tidak berjaya, maafkanlah kami. 

Yang pastinya, tak rugi mencuba dengan kos yg rendah dahulu :-)

Klik je WhatsApp Dibawah untuk info lanjut: